Disusun oleh UMMU SOFWAH
Apa engkau tidak yakin ujian itu daripada Allah?
Hatta satu duri yang menikam kakimu, itupun berlaku kerana kehendak Allah. Inikan pula satu hal yang telah menghancurkan hatimu…
Pintalah pada Allah,apa yang engkau hendak sekarang. Segala keperluanmu itu ada pada Allah.Hatta pelekat untuk mencantum hatimu yang telah pecah itupun ada pada Allah. Penyejuk dadamu yang panas pun ada dan penenang kepalamu yang kacau itu juga ada.
Pendeknya Allah mempunyai segala-galanya. Sedang suami yang engkau harap-harapkan untuk berkongsi kebehagian itu, kesusahan dia sendiri pun tidak dapat diselesaikan kalau bukan dengan kehendak Allah…
Kalau begitu kenapa engkau bersempit dada. Pintalah kepada Allah agar suamimu bermurah hati untuk tidak lagi menyinggung perasaanmu dan yakinlah Allah boleh melakukannya. Bahkan soal yang lebih sulit daripada itu pun Allah boleh tolong, Cuma kalau Allah tidak tolong, itu bukan salah suamimu tapi kerana salahmu. Engkau tidak serius dengan Allah. Engkau banyak menyinggung perasaan orang kerana sikap sombong dan besar dirimu.
Dosa-dosamu bagaikan cendawan tumbuh membiak pada waktu hujan. Tumbuh lepas satu, satu. Itulah sebabnya Allah timpakan azab setimpal dengan kekejamanmu pada manusia atau pada Allah,supaya engkau mengingati kesilapanmu dan bertaubat daripada kejahatan itu. Bila itu sudah sudah kau capai, nanti engkau akan dapati Allah hantar suamipulang padamudengan senyum dan mesra bagaikan pengantin baru. Yakinlah hal ini dan berusahalah sampai engkau memperolehinya.
Renung-renunglah..
Saturday, November 28, 2009
Monday, November 23, 2009
KERINDUAN YANG BERTANDANG...
Kerinduan yang datang kekadang menggugat ketenangan dan emosi.. terlalu lemah rupanya melawan rasa kerinduan ini... Terasa amat memeritkan... Kehilangan bukanlah suatu pilihan namun itu adalah suatu ketentuan..
Kekadang saat memandang sebuah keluarga sedang ketawa riang, hati mula tersentuh.. Kehilangan arwah ayah terlalu pedih untuk dikenang.. Terlalu sedih untuk dicoretkan.. tapi kadang2 apa yang kita luahkan dapat mendamaikan sedikit lara di hati..
Yg membuatkan aku terkilan, aku tidak sempat untuk menjaga arwah ketika sakit... Aku tidak diberi ruang untuk melaksanakan tugasku sbg anak... ketika bertemu di McDonald dan melihat dia tidak mampu menyuap sendiri makanan ke mulutnya, airmataku laju menitis dihadapannya.. aku menangis tanpa henti sambil membantu menyuapkan makanan. Dia hanya memandangku sayu dan aku tetap tidak mampu berhenti dari menangis... Dua bulan sebelum perpisahan abadi, ketika bertemu kali terakhir aku sempat juga menyuap mee hoon goreng buat arwah. Arwah sudah tidak sihat ketika itu.. Ketika mengerjakan sembahyang, ibuku berada disebelahnya membantunya mengingatkan bacaan dan rukun sembahyang..Waktu itu aku mmg sudah tidak dpt menahan airmata.. namun aku tidak menduga itu pertemuan kami yg terakhir ketika arwah hidup. Itulah pelukan dan ciuman terakhir aku kpd seorg bergelar ayah. Ucapan maaf yg sentiasa keluar dr mulutnya rupanya petanda bahawa dia akan meninggalkan aku..
"Bak.. Tidak pernah ada sedikitpun salahmu yg aku simpan dlm hati kerana kau tidak pernah berbuat salah padaku... kerana jasamulah aku dpt berdiri sehingga kini.. Maafkan aku kerana tidak berada disisimu dan memberi semangat dan kasih sayangku ketika dirimu sedang bergelut dgn kesakitan.. Ampunkan aku kerana tidak dapat menenangkan resahmu dan menggenggam tgnmu dihujung nafas terakhirmu... Maafkan aku anakmu yg tidak mampu membacakan yassin dan membisikkan dua kalimah Syahadah di telingamu... Maafkan aku.... Maafkan aku, bak.... " Andai aku diberi ruang pertemuan, pasti tidak akan kulepaskan tanganmu bak... Pasti akanku genggam kemas dan semoga ia dapat menguatkan semangatmu untuk bertemu Pencipta Yang Satu... Saat dirimu sudah tidak mampu berbicara, pasti banyak yg ingin kau titipkan buat kami yang tidak mengerti...
Pagi Jumaat yang penuh berkah, waktu mendapat berita kepergianmu..betapa remuk hatiku.. Ya Allah aku hanya ingin bertemu dengan seorang ayah yang sedang nazak dan kini tidak bernafas lagi... Bukan duit dan harta yg aku ingin aku rebutkan.. Aku hanya mohon diberi ruang untuk aku memohon ampun, mencium pipi dan memeluknya kerana aku juga seorang anak walaupun berlainan ibu...Allah... hancurnya hatiku sehingga membeku menjadi dendam dan amarah.
Buat keluarga yg tidak pernah aku kenali.. Maafkan aku kerana menumpang kasih seorang ayah. tapi percayalah ibuku adalah insan yg terlalu tulus hatinya.. Tidak pernah dia merungut walaupun dlm sebulan hanya dua tiga kali bertemu dengan ayahku.. Tidak pernah dia bising walaupun seumur hidupnya tidak pernah meraikan hari raya bersama suami tercinta... Biasanya hanya pada hari raya keempat, arwah akan datang beraya dgn kami itupun hanya sekejap sahaja... Malah ketika arwah ayahku berkrisis dengan kalian, ibuku yang tidak putus-putus menasihatinya supaya melupai segala sengketa.. Menasihatinya supaya berbaik-baik semula dengan kalian.. Ketika keluarga kalian ditimpa musibah atau anak cucu disana sakit, ibuku bangun malam untuk solat hajat bagi pihak kalian kerana menunaikan permintaan suami... Mungkin ia hanya pengorbanan yg kecil dan langsung tak bermakna buat kalian.. Namun begitu, kalau aku sendiri aku tidak mampu melakukannya seikhlas itu.. malah kadang-kadang aku cemburu dengan kasih sayang dan perhatian arwah pada kalian... inilah tandanya arwah sgt hormat dan sayangkan kalian.. Itulah tandanya arwah sgt pentingkan kalian berbanding kami...
Aku tahu hajat ayah untuk menyatupadukan keluarganya tidak kesampaian.. Maafkan aku kerana tidak terdaya melunaskan hajatmu itu... Aku tidak mampu kerana mereka tiada kesudian dan tidak pernah memberi ruang itu...
Aku belajar dr ibu untuk memaafkan ... Aku belajar untuk tidak berdendam ... Aku belajar darinya untuk membuang perasaan marah... Aku belajar untuk redha atas segala ketentuan... Masa mungkin mampu merawat segala kesakitan. Hatiku kini telah belajar untuk redha atas ketentuan. Mungkin aku tidak berjumpa arwah di sini... Namun mungkin Allah memberikan aku ruang nanti di SANA.. Semoga Dikau ditempatkan dlm golongan org yg beriman... Amin dan Al-Fatihah
Tuhan, aku akur pd ketentuan dariMu.. Semoga ada ruang utk keluarga kami bersatu.. kerana darah kami tetap sama... Cepat atau lambat, semoga ada ruang untuk kami saling bertatapan dan berjabat salam.. InsyaAllah... Aku tidak berniat untuk memburukkan mereka kerana bagiku segala-galanya pasti bersebab. Aku tidak pernah berada di tempat mereka.. Aku tidak pernah tahu kelukaan hati mereka... Aku faham dan cuba memahami kepedihan mereka kerana kehadiran kami.. tapi yang pasti aku tahu satu hari nanti pasti ada ruang dan waktu untuk keluarga kami bersatu.. InsyaAllah tiada yang mustahil kerana Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Saturday, February 28, 2009
Baking hour...
Assalamualaikum..
Su just nak share citer tentang hobby baru... iaitu baking. walaupun dah lama jadi tokeh biskut tp sebenarnya kita tak suka makan biskut yang dibuat sendiri.. Tak tahulah apa ke pesen penyakit mayb sebab boring mengadap biskut tu hari2 selera jadi tertutup. Tp part tiba rumah kekawan time raya memang selera giler makan biskut yg org lain buat... Coopp... Tp dah habis time raya dan tinggal biskut reja ( new word of the day ) baru selera melantak kuih sendiri... Satu masalahnya sekarang bila habis time raya memang malas gile nak ambik order biskut raya.. Mungkin sbb before tu dah pulun gila2 sampai x cukup tido menyiapkan order. Jadi lepas raya memang nak tgk pun malas store dan barang biskut. Ha ha ha...
Tapi bila dah lama tak baking tiba2 terfikir why not try the new hobby iaitu cake decorating.. Sbb sebelum ni memang selalu ambik kursus sana sini tp sebab su lebih prefer biscuit jd kuranglah sikit knowledge regarding cake decorating...
Just to share my new hobby cum side income... ha ha ( sbb dah dapat tempahan dari jiran dan kekawan )su dah start baking cakes... Sbnrnya buat kek tak serenyah buat biskut... Tak payah nak canai2.. terap2... lukis-lukis... sapu2...packing2... cuma yang sedikit boring ialah time nak basuh bekas2 aising pelbagai warna yg berleming tu(berminyak bhs standard )
Antara contoh kek yang dipelajari dari Cikguku dan yang aku paling suka ialah novelty cake dan barbie cake... Kerana teramat suka besday aku baru ni aku decorate barbie cake utk diri sendiri... Dah tua tp perangai cam budak2... Nak buat camne time kecik dulu tak pernah jumpa benda2 macam ni... He he.. Dan yg bestnya bila ada majlis besar utk family, x pyh nak tempah kek kt kedai lg... cth masa pertunangan adik ipar baru ni, sempatlah buat kek bertunang dia... kalau tempah kat kedai mau RM200 sbb kek fondant ni mmg berat.. Esok su akan transfer pic cake yang su buat & jual utk kekawan... At least bila kita buat sendiri puas hati sbb kek yg dibeli kat luar tu belum tahu halal haramnya... Takdelah lawa mana pun tp bolehlah... kata org sbb kita masih dalam proses belajar... 4/12 ni ada kelas buat fondant cake... Jomlah kalau ada sapa2 yg minat nak joint.. Yuran RM200...
kek ni very cute... sayang sgt time nk potong.. he he

Sunday, February 1, 2009
What you give .. you get back..
Sudah lama tidak menjengah di sini.. Kesibukan kadang-kala membataskan peluang.
Hari ini bermula dengan keceriaan. Dan hari ini aku ingin bercerita sebuah kisah yang sedikit sebanyak membuatkan aku insaf sejenak dan mendapat sedikit iktibar.
Kisah berkenaan seorang teman karib C'lat gelarannya.. Dia seorang teman yang amat baik bagiku. Selalu berada di sisi di waktu senang dan susah. Dan bagiku dia adalah hadiah dari Allah untukku. Kami baik sejak menjadi classmate di sekolah menengah. Perangai aku sebenarnya sedikit nakal waktu sekolah dulu. Tetapi sejak berkawan dengan c'lat, Nor dan Kok Yah aku sedikit sebanyak berubah sikap. Mungkin kerana dikelilingi teman-teman yang baik, sedikit sebanyak ia mempengaruhi cara aku berfikir dan bertindak. Naik Form 4 kami berpisah kerana C'lat bertukar sekolah. Sejak itu hubungan kami agak renggang. Tapi kuasa Allah menemukan kami semula ketika aku diterima masuk Uitm dalam bidang perakaunan. Dan paling tidak disangka kami dlm jurusan yang sama. Ketika orientation week kami ditempatkan di bilik yg berasingan. Tapi tanpa diduga ketika pembahagian bilik asrama yang sebenarnya kami rupanya teman sebilik. Dan itulah permulaan kisah keakraban kami..
Selepas grad, kami membawa haluan hidup masing-masing. Alhamdulillah rezeki aku agak baik kerana berjaya membuka syarikat sendiri selepas berkerja makan gaji tidak sampai setengah tahun. Teman baikku pula selalu mengadu masalah hidupnya. Kilang tempatnya bekerja tiba-tiba ditutup dan gaji pekerja termasuk dirinya tidak berbayar. Alhamdulillah setelah tidak berapa lama, dia mendapat pekerjaan baru. Tidak berapa lama, tiba-tiba aku mendapat berita, ibu teman baikku (aku panggil dgn panggilan cek) terkena angin ahmar dan tidak dapat berjalan dan bercakap seperti biasa. Sebagai anak bongsu dan paling rapat pastinya dia menerima tanggungjawab menjaga ibu yang sakit. Walaupun sepatutnya itu adalah tanggungjawab anak lelaki. Dan aku tahu kasih sayangnya pada sang ibu membuatkan dia kuat dan mampu melupakan kepenatan agar dapat memberi kasih sayang yang sempurna pada sang ibu, ayah, suami dan anak lelakinya.
Bukan mudah sebenarnya menjaga orang tua yang sakit. Tapi hanya sebuah kasih sayang yang menjadi tunggak kekuatan.. Rutin hidup setiap pagi sebelum bekerja menyiapkan makanan tengah hari untuk ibu dan ayah. Habis time pejabat, sampai di rumah pelbagai kerja rumah telah menunggu. Mana hendak melayan suami dan anak menyediakan makan malam, menyiapkan kerja rumah. Namun Itulah dinamakan pengorbanan....
Dua bulan lepas Tuhan sekali lagi menduga teman baikku ini.. Ayah kesayangannya telah kembali ke Rahmatullah. AlFatihah buat arwah. Hanya orang yang pernah merasai kehilangan yang tahu peritnya rasa kehilangan. Apabila kerinduan datang, pedihnya rasa perasaan hati. Hanya doa kupanjatkan agar roh mereka yang kusayangi dicucuri rahmat.
2 minggu lepas c'lat call aku memberitahu yg dia telah resign ( notis sebulan )sbb nk menjaga ibu yang sakit. 31 Jan 2009 hari last dia bekerja. Dia sekeluarga akan balik ke kampung dan duduk di rumah ibunya. Aku tahu dia sebenarnya amat berat utk melepaskan jawatannya lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak kukuh. Setidak-tidaknya dulu dia boleh membantu suami. namun apakan daya, sebagai anak dia harus berkorban dan membalas jasa ibu. Begitu mulia hatinya... Aku berdoa semoga aku juga boleh menjadi seperti dirinya..
Sesungguhnya Tuhan telah mengatur dengan cantik sesebuah perjalanan hidup insan. Aku baru mendapat berita dia telah diterima untuk menjalani kursus perguruan lepasan ijazah pada 3 Feb 2009 di Kelantan. Setelah hampir 9 tahun memohon untuk menjadi guru, Tuhan akhirnya mengabulkan doa hambanya yang lemah. Maha Suci Allah.. betapa besarnya kurnianmu.. Berkali-kali aku memanjatkan syukur.Kurniaan ini ibarat pelangi selepas hujan. Senyumlah temanku.. Bagiku ini adalah hadiah atas keihlasanmu.. what you give you get back... anayirus

Monday, May 26, 2008
RESEPI ( REQUEST BY ILAH)
TAT GULUNG NZ HOMEMADE COOKIES
Bahan
250 gm butter
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sk esen vanilla
340 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
Jem Nenas..
1 biji nenas ] blend (buang air nenas separuh)
1 cawan gula
sedikit perahan asam limau
Bahan Sapu
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning
Cara.
1. pukul butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum + tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Pamkan adunan mengguna acuan tat.(pamkan terbalik supaya mudah digulung)
6. Bulatkan jem nenas.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.Potong hujung yang lebih
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan campuran telur tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 15-20 minit.
Sunday, May 25, 2008
Tahniah to Ilah....
Semalam aku mendapat berita gembira... Ilah seorang teman lama akan melangsungkan pertunangan dengan insan yang tersayang... walau seribu dugaan datang, akhirnya dia bisa menepis segala dan kini sedang mengecapi kemanisan nilai perhubungan. Dugaan sebenarnya datang sekadar untuk menguji sejauh mana kekuatan dan ketabahan diri... dan sejauh mana kita menyerahkan segala urusan hidup ini pada Ilahi.. Kepahitan kadang2 mampu mengukuhkan lagi kasih sayang.. Supaya kita lebih menghargai kehidupan istimewa bersamanya.. setiap insan sering mengimpikan yang terbaik buat dirinya.. Tetapi yang terbaik untuk dirinya itu mungkin bukan yang terbaik untuk org lain.. dan segala yang terjadi pasti ada hikmahnya... Dan bukan kuasa kita untuk mempersoalkannya.. Kehidupan bergelar isteri bukanlah sesuatu yang enteng sebenarnya.. Banyak perkara yang harus dikorbankan... Keutamaan diri bukanlah lagi perkara utama..Namun percayalah wahai sang isteri..pasti ada sesuatu yang istimewa yang bakal Allah kurniakan pada kita nanti.. Yang kita sendiri tidak dapat membayangkannya... Bersyukurlah dengan apa yang kita telah miliki kerana hanya itu cara terbaik untuk berterima kasih kepadaNya..
Setiap orang diberi peluang terbaik untuk memilih.. Jadi pilihlah sesuatu yang bukan hanya mengembirakan diri kita tetapi juga tidak mengecewakan diri orang lain... Di sini aku ingin bercerita tentang seorang teman.. pada masa itu dia mempunyai dua pilihan calon suami... seorang bujang yang amat sederhana tapi berhati mulia..dan seorang lagi suami orang tetapi berharta.. Konflik terjadi apabila teman ini gagal untuk membuat keputusan yang terbaik... Hati pastinya lebih berpihak pada suami orang kerana sebagai org yang yang berpengalaman dalam perkahwinan pastinya dia boleh membaca lebih tentang hati perempuan.. Pastinya kata2nya dan tingkahnya lebih romantik berbanding si bujang... Namun Allah telah membukakan pintu hatinya untuk membuat pilihan yang lebih tepat dan tidak mengecewakan pihak lain.. Dan hari ini beliau bahagia dengan pilihannya dan pastinya tidak perlu berkongsi masa dan waktu dan yang paling penting beliau tidak perlu berkongsi suami... Sebenarnya dulu aku juga turut hampir 'berkongsi' tetapi Tuhan telah membuka pintu hatiku.. Saat mengetahui bahawa dia suami orang hanya Tuhan yang tahu betapa remuk hatiku... Gelap gelita hari yang indah selama ini.. Namun Tuhan maha kaya dan adil.. Dia tidak memberi peluang untuk aku terus menapak kukuh di dalam hatinya... Dia menghadiahkan aku seorang insan istimewa yang kini terus menghuni hatiku... Dan aku bersyukur kerana kehidupan yang aku pilih tidak mengecewakan hidup orang lain. aku tahu ramai insan lain yang pernah mengalami nasib yang sama... Jika poligami tersebut dapat diterima oleh pihak satu lagi..teruskanlah kerana bukan semua kehidupan bermadu pahit sebenarnya.. Namun jika dia tidak merelakan atau tidak pernah mampu untuk menerimamu sebagai madu... Berundurlah kerana kamu sedang berhadapan dengan gaung dalam yang penuh pancaroba... Bimbang tersilap langkah kamu yang akan menanggung kesannya...

Thursday, May 22, 2008
Rindu pada teman-teman
Special to my friends.. i miss u all
Seribu Impian (Casey)
Disenjakala begini
Teringat kembali
Teman-teman lama dahulu
Yang pernah sama mengharungi
Pahit dan manis dirasa
Sehati sejiwa
Tak mungkin ku lupakan segala
Saat suka dan duka
Susah dan senang kita bersama
Rentasi rintangan yang ada
Tiada sempadan yang memisahkan
Kasih sesama kita walau badai tiba
1
Seribu impian pernah pun kita bina
Demi masa depan...
Tenggelam jauh dalam khayalan
Di buai alam mimpi
Kenangan lalu menjelma
Teringat kembali
Di ketika bergurau senda
Mesranya kita bersama
Seribu impian indah menghias jiwa
Bagaikan permata...
Setinggi langit biru, mimpi kita
Abadi selamanya...
( ulang 1 )
Love for :
C'lat (my best friend forever..)
Miza ( a cute mama)
Mc Jann ( baru jer melahirkan second baby (girl) pada hari ibu baru2 ini..)
Zaidah (wish u all the best)
C'na ( hope u success in bisness)
Linda (dah lama betul tak jumpa)
Wan Rozilah (go girl.. for your family planning)
Buyai ( a cute mama with two cute son)
Busyam (miss u busyam)
Kak Elly miss u la
Dayah (walau apa yg berlaku ... aku tetap menyayangimu seumur hidupku)
Kak Adik
Kak Tie (dgr2 dah buka butik)
Asnida (lamanya tak dgr berita)
dll.. sorry tak dpt notekan semua nama di sini

Subscribe to:
Posts (Atom)