Saturday, February 28, 2009

Baking hour...

Assalamualaikum..
Su just nak share citer tentang hobby baru... iaitu baking. walaupun dah lama jadi tokeh biskut tp sebenarnya kita tak suka makan biskut yang dibuat sendiri.. Tak tahulah apa ke pesen penyakit mayb sebab boring mengadap biskut tu hari2 selera jadi tertutup. Tp part tiba rumah kekawan time raya memang selera giler makan biskut yg org lain buat... Coopp... Tp dah habis time raya dan tinggal biskut reja ( new word of the day ) baru selera melantak kuih sendiri... Satu masalahnya sekarang bila habis time raya memang malas gile nak ambik order biskut raya.. Mungkin sbb before tu dah pulun gila2 sampai x cukup tido menyiapkan order. Jadi lepas raya memang nak tgk pun malas store dan barang biskut. Ha ha ha...
Tapi bila dah lama tak baking tiba2 terfikir why not try the new hobby iaitu cake decorating.. Sbb sebelum ni memang selalu ambik kursus sana sini tp sebab su lebih prefer biscuit jd kuranglah sikit knowledge regarding cake decorating...
Just to share my new hobby cum side income... ha ha ( sbb dah dapat tempahan dari jiran dan kekawan )su dah start baking cakes... Sbnrnya buat kek tak serenyah buat biskut... Tak payah nak canai2.. terap2... lukis-lukis... sapu2...packing2... cuma yang sedikit boring ialah time nak basuh bekas2 aising pelbagai warna yg berleming tu(berminyak bhs standard )
Antara contoh kek yang dipelajari dari Cikguku dan yang aku paling suka ialah novelty cake dan barbie cake... Kerana teramat suka besday aku baru ni aku decorate barbie cake utk diri sendiri... Dah tua tp perangai cam budak2... Nak buat camne time kecik dulu tak pernah jumpa benda2 macam ni... He he.. Dan yg bestnya bila ada majlis besar utk family, x pyh nak tempah kek kt kedai lg... cth masa pertunangan adik ipar baru ni, sempatlah buat kek bertunang dia... kalau tempah kat kedai mau RM200 sbb kek fondant ni mmg berat.. Esok su akan transfer pic cake yang su buat & jual utk kekawan... At least bila kita buat sendiri puas hati sbb kek yg dibeli kat luar tu belum tahu halal haramnya... Takdelah lawa mana pun tp bolehlah... kata org sbb kita masih dalam proses belajar... 4/12 ni ada kelas buat fondant cake... Jomlah kalau ada sapa2 yg minat nak joint.. Yuran RM200...

kek ni very cute... sayang sgt time nk potong.. he he

Sunday, February 1, 2009

What you give .. you get back..

Sudah lama tidak menjengah di sini.. Kesibukan kadang-kala membataskan peluang.
Hari ini bermula dengan keceriaan. Dan hari ini aku ingin bercerita sebuah kisah yang sedikit sebanyak membuatkan aku insaf sejenak dan mendapat sedikit iktibar.
Kisah berkenaan seorang teman karib C'lat gelarannya.. Dia seorang teman yang amat baik bagiku. Selalu berada di sisi di waktu senang dan susah. Dan bagiku dia adalah hadiah dari Allah untukku. Kami baik sejak menjadi classmate di sekolah menengah. Perangai aku sebenarnya sedikit nakal waktu sekolah dulu. Tetapi sejak berkawan dengan c'lat, Nor dan Kok Yah aku sedikit sebanyak berubah sikap. Mungkin kerana dikelilingi teman-teman yang baik, sedikit sebanyak ia mempengaruhi cara aku berfikir dan bertindak. Naik Form 4 kami berpisah kerana C'lat bertukar sekolah. Sejak itu hubungan kami agak renggang. Tapi kuasa Allah menemukan kami semula ketika aku diterima masuk Uitm dalam bidang perakaunan. Dan paling tidak disangka kami dlm jurusan yang sama. Ketika orientation week kami ditempatkan di bilik yg berasingan. Tapi tanpa diduga ketika pembahagian bilik asrama yang sebenarnya kami rupanya teman sebilik. Dan itulah permulaan kisah keakraban kami..

Selepas grad, kami membawa haluan hidup masing-masing. Alhamdulillah rezeki aku agak baik kerana berjaya membuka syarikat sendiri selepas berkerja makan gaji tidak sampai setengah tahun. Teman baikku pula selalu mengadu masalah hidupnya. Kilang tempatnya bekerja tiba-tiba ditutup dan gaji pekerja termasuk dirinya tidak berbayar. Alhamdulillah setelah tidak berapa lama, dia mendapat pekerjaan baru. Tidak berapa lama, tiba-tiba aku mendapat berita, ibu teman baikku (aku panggil dgn panggilan cek) terkena angin ahmar dan tidak dapat berjalan dan bercakap seperti biasa. Sebagai anak bongsu dan paling rapat pastinya dia menerima tanggungjawab menjaga ibu yang sakit. Walaupun sepatutnya itu adalah tanggungjawab anak lelaki. Dan aku tahu kasih sayangnya pada sang ibu membuatkan dia kuat dan mampu melupakan kepenatan agar dapat memberi kasih sayang yang sempurna pada sang ibu, ayah, suami dan anak lelakinya.

Bukan mudah sebenarnya menjaga orang tua yang sakit. Tapi hanya sebuah kasih sayang yang menjadi tunggak kekuatan.. Rutin hidup setiap pagi sebelum bekerja menyiapkan makanan tengah hari untuk ibu dan ayah. Habis time pejabat, sampai di rumah pelbagai kerja rumah telah menunggu. Mana hendak melayan suami dan anak menyediakan makan malam, menyiapkan kerja rumah. Namun Itulah dinamakan pengorbanan....

Dua bulan lepas Tuhan sekali lagi menduga teman baikku ini.. Ayah kesayangannya telah kembali ke Rahmatullah. AlFatihah buat arwah. Hanya orang yang pernah merasai kehilangan yang tahu peritnya rasa kehilangan. Apabila kerinduan datang, pedihnya rasa perasaan hati. Hanya doa kupanjatkan agar roh mereka yang kusayangi dicucuri rahmat.

2 minggu lepas c'lat call aku memberitahu yg dia telah resign ( notis sebulan )sbb nk menjaga ibu yang sakit. 31 Jan 2009 hari last dia bekerja. Dia sekeluarga akan balik ke kampung dan duduk di rumah ibunya. Aku tahu dia sebenarnya amat berat utk melepaskan jawatannya lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak kukuh. Setidak-tidaknya dulu dia boleh membantu suami. namun apakan daya, sebagai anak dia harus berkorban dan membalas jasa ibu. Begitu mulia hatinya... Aku berdoa semoga aku juga boleh menjadi seperti dirinya..

Sesungguhnya Tuhan telah mengatur dengan cantik sesebuah perjalanan hidup insan. Aku baru mendapat berita dia telah diterima untuk menjalani kursus perguruan lepasan ijazah pada 3 Feb 2009 di Kelantan. Setelah hampir 9 tahun memohon untuk menjadi guru, Tuhan akhirnya mengabulkan doa hambanya yang lemah. Maha Suci Allah.. betapa besarnya kurnianmu.. Berkali-kali aku memanjatkan syukur.Kurniaan ini ibarat pelangi selepas hujan. Senyumlah temanku.. Bagiku ini adalah hadiah atas keihlasanmu.. what you give you get back... anayirus