Sudah lama tidak menjengah di sini.. Kesibukan kadang-kala membataskan peluang.
Hari ini bermula dengan keceriaan. Dan hari ini aku ingin bercerita sebuah kisah yang sedikit sebanyak membuatkan aku insaf sejenak dan mendapat sedikit iktibar.
Kisah berkenaan seorang teman karib C'lat gelarannya.. Dia seorang teman yang amat baik bagiku. Selalu berada di sisi di waktu senang dan susah. Dan bagiku dia adalah hadiah dari Allah untukku. Kami baik sejak menjadi classmate di sekolah menengah. Perangai aku sebenarnya sedikit nakal waktu sekolah dulu. Tetapi sejak berkawan dengan c'lat, Nor dan Kok Yah aku sedikit sebanyak berubah sikap. Mungkin kerana dikelilingi teman-teman yang baik, sedikit sebanyak ia mempengaruhi cara aku berfikir dan bertindak. Naik Form 4 kami berpisah kerana C'lat bertukar sekolah. Sejak itu hubungan kami agak renggang. Tapi kuasa Allah menemukan kami semula ketika aku diterima masuk Uitm dalam bidang perakaunan. Dan paling tidak disangka kami dlm jurusan yang sama. Ketika orientation week kami ditempatkan di bilik yg berasingan. Tapi tanpa diduga ketika pembahagian bilik asrama yang sebenarnya kami rupanya teman sebilik. Dan itulah permulaan kisah keakraban kami..
Selepas grad, kami membawa haluan hidup masing-masing. Alhamdulillah rezeki aku agak baik kerana berjaya membuka syarikat sendiri selepas berkerja makan gaji tidak sampai setengah tahun. Teman baikku pula selalu mengadu masalah hidupnya. Kilang tempatnya bekerja tiba-tiba ditutup dan gaji pekerja termasuk dirinya tidak berbayar. Alhamdulillah setelah tidak berapa lama, dia mendapat pekerjaan baru. Tidak berapa lama, tiba-tiba aku mendapat berita, ibu teman baikku (aku panggil dgn panggilan cek) terkena angin ahmar dan tidak dapat berjalan dan bercakap seperti biasa. Sebagai anak bongsu dan paling rapat pastinya dia menerima tanggungjawab menjaga ibu yang sakit. Walaupun sepatutnya itu adalah tanggungjawab anak lelaki. Dan aku tahu kasih sayangnya pada sang ibu membuatkan dia kuat dan mampu melupakan kepenatan agar dapat memberi kasih sayang yang sempurna pada sang ibu, ayah, suami dan anak lelakinya.
Bukan mudah sebenarnya menjaga orang tua yang sakit. Tapi hanya sebuah kasih sayang yang menjadi tunggak kekuatan.. Rutin hidup setiap pagi sebelum bekerja menyiapkan makanan tengah hari untuk ibu dan ayah. Habis time pejabat, sampai di rumah pelbagai kerja rumah telah menunggu. Mana hendak melayan suami dan anak menyediakan makan malam, menyiapkan kerja rumah. Namun Itulah dinamakan pengorbanan....
Dua bulan lepas Tuhan sekali lagi menduga teman baikku ini.. Ayah kesayangannya telah kembali ke Rahmatullah. AlFatihah buat arwah. Hanya orang yang pernah merasai kehilangan yang tahu peritnya rasa kehilangan. Apabila kerinduan datang, pedihnya rasa perasaan hati. Hanya doa kupanjatkan agar roh mereka yang kusayangi dicucuri rahmat.
2 minggu lepas c'lat call aku memberitahu yg dia telah resign ( notis sebulan )sbb nk menjaga ibu yang sakit. 31 Jan 2009 hari last dia bekerja. Dia sekeluarga akan balik ke kampung dan duduk di rumah ibunya. Aku tahu dia sebenarnya amat berat utk melepaskan jawatannya lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak kukuh. Setidak-tidaknya dulu dia boleh membantu suami. namun apakan daya, sebagai anak dia harus berkorban dan membalas jasa ibu. Begitu mulia hatinya... Aku berdoa semoga aku juga boleh menjadi seperti dirinya..
Sesungguhnya Tuhan telah mengatur dengan cantik sesebuah perjalanan hidup insan. Aku baru mendapat berita dia telah diterima untuk menjalani kursus perguruan lepasan ijazah pada 3 Feb 2009 di Kelantan. Setelah hampir 9 tahun memohon untuk menjadi guru, Tuhan akhirnya mengabulkan doa hambanya yang lemah. Maha Suci Allah.. betapa besarnya kurnianmu.. Berkali-kali aku memanjatkan syukur.Kurniaan ini ibarat pelangi selepas hujan. Senyumlah temanku.. Bagiku ini adalah hadiah atas keihlasanmu.. what you give you get back... anayirus
No comments:
Post a Comment