Semalam aku mendapat berita gembira... Ilah seorang teman lama akan melangsungkan pertunangan dengan insan yang tersayang... walau seribu dugaan datang, akhirnya dia bisa menepis segala dan kini sedang mengecapi kemanisan nilai perhubungan. Dugaan sebenarnya datang sekadar untuk menguji sejauh mana kekuatan dan ketabahan diri... dan sejauh mana kita menyerahkan segala urusan hidup ini pada Ilahi.. Kepahitan kadang2 mampu mengukuhkan lagi kasih sayang.. Supaya kita lebih menghargai kehidupan istimewa bersamanya.. setiap insan sering mengimpikan yang terbaik buat dirinya.. Tetapi yang terbaik untuk dirinya itu mungkin bukan yang terbaik untuk org lain.. dan segala yang terjadi pasti ada hikmahnya... Dan bukan kuasa kita untuk mempersoalkannya.. Kehidupan bergelar isteri bukanlah sesuatu yang enteng sebenarnya.. Banyak perkara yang harus dikorbankan... Keutamaan diri bukanlah lagi perkara utama..Namun percayalah wahai sang isteri..pasti ada sesuatu yang istimewa yang bakal Allah kurniakan pada kita nanti.. Yang kita sendiri tidak dapat membayangkannya... Bersyukurlah dengan apa yang kita telah miliki kerana hanya itu cara terbaik untuk berterima kasih kepadaNya..
Setiap orang diberi peluang terbaik untuk memilih.. Jadi pilihlah sesuatu yang bukan hanya mengembirakan diri kita tetapi juga tidak mengecewakan diri orang lain... Di sini aku ingin bercerita tentang seorang teman.. pada masa itu dia mempunyai dua pilihan calon suami... seorang bujang yang amat sederhana tapi berhati mulia..dan seorang lagi suami orang tetapi berharta.. Konflik terjadi apabila teman ini gagal untuk membuat keputusan yang terbaik... Hati pastinya lebih berpihak pada suami orang kerana sebagai org yang yang berpengalaman dalam perkahwinan pastinya dia boleh membaca lebih tentang hati perempuan.. Pastinya kata2nya dan tingkahnya lebih romantik berbanding si bujang... Namun Allah telah membukakan pintu hatinya untuk membuat pilihan yang lebih tepat dan tidak mengecewakan pihak lain.. Dan hari ini beliau bahagia dengan pilihannya dan pastinya tidak perlu berkongsi masa dan waktu dan yang paling penting beliau tidak perlu berkongsi suami... Sebenarnya dulu aku juga turut hampir 'berkongsi' tetapi Tuhan telah membuka pintu hatiku.. Saat mengetahui bahawa dia suami orang hanya Tuhan yang tahu betapa remuk hatiku... Gelap gelita hari yang indah selama ini.. Namun Tuhan maha kaya dan adil.. Dia tidak memberi peluang untuk aku terus menapak kukuh di dalam hatinya... Dia menghadiahkan aku seorang insan istimewa yang kini terus menghuni hatiku... Dan aku bersyukur kerana kehidupan yang aku pilih tidak mengecewakan hidup orang lain. aku tahu ramai insan lain yang pernah mengalami nasib yang sama... Jika poligami tersebut dapat diterima oleh pihak satu lagi..teruskanlah kerana bukan semua kehidupan bermadu pahit sebenarnya.. Namun jika dia tidak merelakan atau tidak pernah mampu untuk menerimamu sebagai madu... Berundurlah kerana kamu sedang berhadapan dengan gaung dalam yang penuh pancaroba... Bimbang tersilap langkah kamu yang akan menanggung kesannya...
No comments:
Post a Comment