Monday, July 12, 2010

hidup dgn pengorbanan....

salam,

akhir2 ni rasa otak cam bersawang... 
serabut... pening... buntu
macam2 masalah datang bertandang..
tak mintak permission plak tu...
masalah ni aku gelar p.a.t.i (permasalahan asing tanpa izin)
tp orang lain pun ada masalah gak
sure ker semua org ada masalah?
pandai jer aku wat statement...
mungkin tak semua kot... 
masing2 ada diari hidup yg berbeza...
memanglah rencahnya pun tak samakan..

walaupun aku jenis sempoi tp kdg2 rasa cam jammed jer kepala ni...
sekrg ni tiba2 pulak datang perasaan nk jadi housewife yg bekerja... 
kalau boleh nk keje...
tp mata still nk pandang my hero and heroin...
nak bancuhkan susu budak2...
nak main2...
nak tukarkan lampin...
nak suapkan makanan....
efektif ke tak keje camtu? 


tiap2 hari rasa berat jer hati...
susahnya rasa time nk tinggalkan budak2 tu..
sikecik tupun dh pandai merengek nak ikut bila tgk mummy dia siap2 nk gi keje..
macam kurang kasih sayang jer pulak bila tgk dia menangis hiba...
takpe busyuk mummy...
nanti mummy qadak ye time yg mummy takde tu...
 

hati yang resah

lewat kenangan semalam
kekadang terpantul indah di medan rasa
memutar dan menyingkap kembali
cerita kau dan aku
yang kita tarikan bersama
di lantai dansa kehidupan

mengapa kau yg dulu menyingkir resahku 
kini meresahkanku
kau yang dulu melukis kanvas hidupku
kini memadamkannya
kau yang dulu menghapuskan tangisku
kini mencipta tangisku
kau yang dulu merona bahgiaku
kini menghadiahkan deritaku
kau yang dulu memberi sinar
kini meninggalkanku sengsara

andai ada khilafku, maafkanlah
andai ada egoku, padamkanlah
andai ada dosaku, ampunkanlah
andai ada kasarku, lembutkanlah
andai ada cacatku, cantikkanlah
andai ada kurangku, tambahkanlah
andai benar rasa itu masih tersisa

kerna 
hidupmu adalah hidupku
matimu adalah matiku
cintamu adalah cintaku
bencimu adalah benciku
bahagiamu adalah bahagiaku
jatuhmu adalah jatuhku
banggamu adalah banggaku
aibmu adalah aibku
resahmu adalah resahku
tangismu adalah tangisku

jangan sanggup kau lupakan
kita adalah satu
walau dari arah mana
kau memandangku
aku adalah kamu
pantulan dirimu adalah aku

saat kau lafazkan akad itu
aku tercipta untukmu
akulah hawamu
akulah surimu
yang akan menemanimu
dan erat memegang setiaku

dan andai satu ketika
kau sudah tidak sudi memandangku
kau enggan merenda mimpi bersamaku
kau bosan menganyam angan denganku
lepaskan aku sebaiknya
aku rela menjadi insan yg tewas
demimu....

ditulis oleh : anayirus
tarikh : 12 Jul 2010
masa : 4:56 pm

Sunday, July 11, 2010

bingkisan sepi buatmu.... ilham anayirus

kasih yang ternokhtah....

terjarak diriku
saat hati ini kau sakiti lagi
mengapa obor yg menyala dulu
padam ditiup musuh bahagia
ruang gembira itu kini sepi tanpa penghuni
meninggalkan aku tanpa kata
merantaiku di pinggir lara

terlerai kasihku
saat jiwa ini kau lukai lagi
mengapa sanggup kau hadirkan derita
sedangkan hati ini pernah kau miliki
dan tak pernah ku berpaling
dari mencintaimu setulusnya

ternokhtah cintaku
saat perasaan ini kau lukai lagi
bersama kata menusuk rasa
kau hadiahkan padaku
terima kasih kerna kau munculkan dirimu
yang sebenar-benarnya
biarpun lewat
namun bisa menyedarkan aku
yang selama ini terlena

tersingkir rinduku
saat rasa ini kau hampai lagi
membuatkan aku sedar
cinta ini sebenarnya
tidak menghadiahkan aku bahagia
selain sengsara
tidak menjanjikan aku tenang
selain kecewa
tidak memberikan aku riang
selain nestapa

Aku pernah mencintaimu sejujurnya
menerima kelebihanmu dan kekuranganmu
namun segalanya tidak bermakna
sehingga rasa itu mati dan lebur
terkubur bersama nisan derita

biarkan aku rebah di sini
seorang diri
jangan kau bantu aku berdiri
kerna aku lebih tenang begini
tak sanggup lagi untuk ku melangkah
mengejar bayang kasihmu yg pergi

salam perpisahan ini
sekian lama ingin kutitipkan
sekian lama jua kudiamkan
dengan doa agar kau berubah
dan aku bisa meletakkan dirimu
kembali utuh dipersada hatiku
namun mungkin Tuhan ada kehendakNya yang berbeza
mungkin ada kebahagiaan
di hadapan sana
yang tidak pernah kita impikan

Ampunkan aku kerana tidak berdaya
menjadi insan terbaik buatmu
Ampunkan aku atas kekuranganku
yang sering menjadi punca kemarahanmu
Ampunkan aku kerana tidak berdaya
mengipas ego lelakimu
Ampunkan aku kerana terpaksa meminggir dari hidupmu

Doaku jangan mengaku kalah dalam hidupmu
kerna aku pergi
bukan untuk melihat dirimu tewas
bukan untuk melihat dirimu jatuh
kerna aku ingin pergi bersama damai

aku ingin kau terus gagah di mata semua
walaupun di sisi insan lain
aku doakan bahagiamu selamanya
meskipun tanpa aku...
insan yang lewat untuk mengerti hatimu...
maafkan kekhilafanku ini sekali lagi
kerna mungkin selepas ini
kau tidak lagi dapat memandangku
seperti hari ini...

ditulis oleh : anayirus
bertarikh : 10 Jul 2010
masa : 15:07pm

Saturday, June 5, 2010

One more special gift to me...



27 April 2010....

Danish, Syafira
kau hadir dlm hidup mummy
bersama sejuta tangismu
yg sukar diramal maknanya

namun senyum pertamamu
membuat hatiku bergenang kasih
jiwaku berkalung bahagia
perasaanku berkelubung ria

tatapan mata bulatmu
dan hening mata sepetmu
sayu renung kalian
seakan mendakap tiga jiwa menjadi satu

Mummy bahagia memilikimu
Biar derita kita
berlalu bersama semilir itu

Tuhanku
Terima kasih atas kurnianMu
hadiah yg begitu bermakna
Yg tidak pernah aku impikan...

Abang dan Adik
Bahagialah menjadi dirimu
kerna mummy akan turut bahagia kernanya...

It's time to smile with danish

So what should i do now...


Please don't touch it... sbb penuh kuman kedukaan.. :-(

Setelah kehilangan, Tuhan hadiahkan aku satu anugerah...
yg sedikit sbyk mengembalikan bahagia yg telah pudar...
Senyumnya cukup menghilangkan gundah..
tawanya cukup memudar resah...
Rajuknya cukup menghapus duka...
karenahnya cukup meranapkan derita...

M.O.H.D.  A.Z.F.A.R   D.A.N.I.S.H


Setiap pagi kena pergi keje senyap2 sbb kalau dia nampak mesti meraung nk ikut..

kalau nak mandi pagi dia sikit punya susah sbb takut sejuk tp bila dah mandi taknak stop pulak..

Kalau bawak dia pegi opis, dia mesti nk tolong cop dan conteng semua benda.. dan latest habis sofa opis aku kena conteng.. pen merah lagi tu..

Kalau tido dia mesti tarik tgn aku dan hubby sama2 pastu time baring mesti request pas..pas.. means kipas.. .sorry rumah aku takde ekon sbb aku mmg tak tahan sejuk dan pengidap athma yg teruk... oppsss... tp kalau kt hotel boleh pulak dok dlm ekon.. terus terang tak mampu jelah... haha

cop... athma aku dh takde skrg... takde oppss dah baik or recover... since my hubby tak dibenarkan smoking dlm rumah... so sapa2 yg ada athma jangan biarkan suami anda merokok dlm rumah...
dan lagi afdhal kalau anda cari suami yg x smoking terus...

Time hp aku berbunyi pasti dia akan ambik dan hulur pada aku.. kalau daddy dia nk ambik on behalf pun x boleh sbb dia kenal hp mummy dia..

Kalau sedang online dia mesti kacau dan asyik nk duduk atas riba... signal that i must quit... so i got to go before i miss all my unsave data.. 


So danish 1 Q to u...

you love MUMMY or daddy?..
!
!
!
!


Of course mummy.. kwa3 (sorry daddy..next time ye)

Saturday, November 28, 2009

Disusun oleh UMMU SOFWAH

Apa engkau tidak yakin ujian itu daripada Allah?


Hatta satu duri yang menikam kakimu, itupun berlaku kerana kehendak Allah. Inikan pula satu hal yang telah menghancurkan hatimu…

Pintalah pada Allah,apa yang engkau hendak sekarang. Segala keperluanmu itu ada pada Allah.Hatta pelekat untuk mencantum hatimu yang telah pecah itupun ada pada Allah. Penyejuk dadamu yang panas pun ada dan penenang kepalamu yang kacau itu juga ada.

Pendeknya Allah mempunyai segala-galanya. Sedang suami yang engkau harap-harapkan untuk berkongsi kebehagian itu, kesusahan dia sendiri pun tidak dapat diselesaikan kalau bukan dengan kehendak Allah…

Kalau begitu kenapa engkau bersempit dada. Pintalah kepada Allah agar suamimu bermurah hati untuk tidak lagi menyinggung perasaanmu dan yakinlah Allah boleh melakukannya. Bahkan soal yang lebih sulit daripada itu pun Allah boleh tolong, Cuma kalau Allah tidak tolong, itu bukan salah suamimu tapi kerana salahmu. Engkau tidak serius dengan Allah. Engkau banyak menyinggung perasaan orang kerana sikap sombong dan besar dirimu.

Dosa-dosamu bagaikan cendawan tumbuh membiak pada waktu hujan. Tumbuh lepas satu, satu. Itulah sebabnya Allah timpakan azab setimpal dengan kekejamanmu pada manusia atau pada Allah,supaya engkau mengingati kesilapanmu dan bertaubat daripada kejahatan itu. Bila itu sudah sudah kau capai, nanti engkau akan dapati Allah hantar suamipulang padamudengan senyum dan mesra bagaikan pengantin baru. Yakinlah hal ini dan berusahalah sampai engkau memperolehinya.

Renung-renunglah..

Monday, November 23, 2009

KERINDUAN YANG BERTANDANG...

Kerinduan yang datang kekadang menggugat ketenangan dan emosi.. terlalu lemah rupanya melawan rasa kerinduan ini... Terasa amat memeritkan... Kehilangan bukanlah suatu pilihan namun itu adalah suatu ketentuan..
Kekadang saat memandang sebuah keluarga sedang ketawa riang, hati mula tersentuh.. Kehilangan arwah ayah terlalu pedih untuk dikenang.. Terlalu sedih untuk dicoretkan.. tapi kadang2 apa yang kita luahkan dapat mendamaikan sedikit lara di hati..

Yg membuatkan aku terkilan, aku tidak sempat untuk menjaga arwah ketika sakit... Aku tidak diberi ruang untuk melaksanakan tugasku sbg anak... ketika bertemu di  McDonald dan melihat dia tidak mampu menyuap sendiri makanan ke mulutnya, airmataku laju menitis dihadapannya.. aku menangis tanpa henti sambil membantu menyuapkan makanan. Dia hanya memandangku sayu dan aku tetap tidak mampu berhenti dari menangis... Dua bulan sebelum perpisahan abadi, ketika bertemu kali terakhir aku sempat juga menyuap mee hoon goreng buat arwah. Arwah sudah tidak sihat ketika itu..  Ketika mengerjakan sembahyang, ibuku berada disebelahnya membantunya mengingatkan bacaan dan rukun sembahyang..Waktu itu aku mmg sudah tidak dpt menahan airmata.. namun aku tidak menduga itu pertemuan kami yg terakhir ketika arwah hidup. Itulah pelukan dan ciuman terakhir aku kpd seorg bergelar ayah. Ucapan maaf yg sentiasa keluar dr mulutnya rupanya petanda bahawa dia akan meninggalkan aku..

"Bak.. Tidak pernah ada sedikitpun salahmu yg aku simpan dlm hati kerana kau tidak pernah berbuat salah padaku... kerana jasamulah aku dpt berdiri sehingga kini.. Maafkan aku kerana tidak berada disisimu dan memberi semangat dan kasih sayangku ketika dirimu sedang bergelut dgn kesakitan.. Ampunkan aku kerana tidak dapat menenangkan resahmu dan menggenggam tgnmu dihujung nafas terakhirmu... Maafkan aku anakmu yg tidak mampu membacakan yassin dan membisikkan dua kalimah Syahadah di telingamu... Maafkan aku.... Maafkan aku, bak.... " Andai aku diberi ruang pertemuan, pasti tidak akan kulepaskan tanganmu bak... Pasti akanku genggam kemas dan semoga ia dapat menguatkan semangatmu untuk bertemu Pencipta Yang Satu... Saat dirimu sudah tidak mampu berbicara, pasti banyak yg ingin kau titipkan buat kami yang tidak mengerti...

Pagi Jumaat yang penuh berkah, waktu mendapat berita kepergianmu..betapa remuk hatiku.. Ya Allah aku hanya ingin bertemu dengan seorang ayah yang sedang nazak dan kini tidak bernafas lagi... Bukan duit dan harta yg aku ingin aku rebutkan.. Aku hanya mohon diberi ruang untuk aku memohon ampun, mencium pipi dan memeluknya kerana aku juga seorang anak walaupun berlainan ibu...Allah... hancurnya hatiku sehingga membeku menjadi dendam dan amarah.

Buat keluarga yg tidak pernah aku kenali.. Maafkan aku kerana menumpang kasih seorang ayah. tapi percayalah ibuku adalah insan yg terlalu tulus hatinya.. Tidak pernah dia merungut walaupun dlm sebulan hanya dua tiga kali bertemu dengan ayahku.. Tidak pernah dia bising walaupun seumur hidupnya tidak pernah meraikan hari raya bersama suami tercinta... Biasanya hanya pada hari raya keempat, arwah akan datang beraya dgn kami itupun hanya sekejap sahaja... Malah ketika arwah ayahku berkrisis dengan kalian, ibuku yang tidak putus-putus menasihatinya supaya melupai segala sengketa.. Menasihatinya supaya berbaik-baik semula dengan kalian.. Ketika keluarga kalian ditimpa musibah atau anak cucu disana sakit, ibuku bangun malam untuk solat hajat bagi pihak kalian kerana menunaikan permintaan suami...  Mungkin ia hanya pengorbanan yg kecil dan langsung tak bermakna buat kalian.. Namun begitu, kalau aku sendiri aku tidak mampu melakukannya seikhlas itu.. malah kadang-kadang aku cemburu dengan kasih sayang dan perhatian arwah pada kalian... inilah tandanya arwah sgt hormat dan sayangkan kalian.. Itulah tandanya arwah sgt pentingkan kalian berbanding kami...

Aku tahu hajat ayah untuk menyatupadukan keluarganya tidak kesampaian.. Maafkan aku kerana tidak terdaya melunaskan hajatmu itu... Aku tidak mampu kerana mereka tiada kesudian dan tidak pernah memberi ruang itu...

Aku belajar dr ibu untuk memaafkan ... Aku belajar untuk tidak berdendam ... Aku belajar darinya untuk membuang perasaan marah... Aku belajar untuk redha atas segala ketentuan... Masa mungkin mampu merawat segala kesakitan. Hatiku kini telah belajar untuk redha atas ketentuan. Mungkin aku tidak berjumpa arwah di sini... Namun mungkin Allah memberikan aku ruang nanti di SANA.. Semoga Dikau ditempatkan dlm golongan org yg beriman... Amin dan Al-Fatihah

Tuhan, aku akur pd ketentuan dariMu.. Semoga ada ruang utk keluarga kami bersatu.. kerana darah kami tetap sama... Cepat atau lambat, semoga ada ruang untuk kami saling bertatapan dan berjabat salam.. InsyaAllah... Aku tidak berniat untuk memburukkan mereka kerana bagiku segala-galanya pasti bersebab. Aku tidak pernah berada di tempat mereka.. Aku tidak pernah tahu kelukaan hati mereka... Aku faham dan cuba memahami kepedihan mereka kerana kehadiran kami.. tapi yang pasti aku tahu satu hari nanti pasti ada ruang dan waktu untuk keluarga kami bersatu.. InsyaAllah tiada yang mustahil kerana Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya.