Aku hilang tawanya kini
dunia seakan sepi
benarkah aku kini yang jauh darimu
tanpa erat genggammu
mekar senyummu
manja rajukmu
esak tangismu
maafkan aku kerana melepaskanmu tanpa kerelaan
tak mampu kuungkap dengan kata pedih kelukaanku ini
tak juga mampu menenteramkan jiwa yang berkelana
kerna aku kini bernafas tanpa denyutan
berdiri tanpa daya
berbaring tanpa jiwa
lelap tanpa rasa
hidup dengan derita hanya kerana kehilanganmu
semenjak kau hadir
setiap hariku adalah semangatku
kutemui erti kehidupanku yang lain
yang lebih bernilai dari material
lebih bererti dari nyawaku
kaulah permata hatiku
dan kini aku merintih sendiri
bersama rindu yang sarat
yang tidak mampu kuterjemah
walau dengan tangis maupun esakan
Walaupun jauh dari mata
Namun hangat pelukan manjamu
Masih dapat kurasai hingga kini
Kerana kaulah insan yang menenangkan jiwaku di saat lara
Dan mengesat airmataku di saat hiba
Izinkan aku terus memelukmu
Walaupun hanya dalam mimpi
Tak ingin kuterjaga biarpun dinihari
Kerana mentari akan merampas dirimu dariku lagi dan lagi
Aku akan terus menyayangimu.
kerna kehadiranmu melengkapkan kekuranganku
meniupkan semangat dan harapan
dan membuatkanku terus tabah
semoga dirimu hidup dengan lingkaran kasih sayang
dan membuatkan aku sentiasa bangga denganmu
Padamu Ya Allah
Aku serahkan segalanya
Kerna ENGKAUlah yang menghakimi segalanya
ditulis oleh : Anayirus
Masa : 03:31am
9 December 2010 ( 03/12/2010)
8 comments:
Danish pergi mana Su?
Kenapa Su? Danish gi mane?
nape mummy sue...sedih lak baca sajak ke apa ni....moga terus tabah hadapi semua...
ada org lain yg mampu menjaganya dgn lebih baik... InsyaAllah.. Mungkin ada hikmah yg kita tak tahu... menyayangi tidak semestinya memiliki...
kak za... danish bukan diambik semula oleh mama dan papanya... tapi su yang terpaksa menyerahkannya kembali atas sebab peribadi.. su kadang2 ambik tido kat rumah time hujung minggu buat melepas rindu
Kak Sue. It is tough I cud tell. 1st time jumpa blog kak Sue n I cried. I feel u kak Sue.
:-(
Kak Su, sedey. 1st time here. I feel u kak Su! :-(
thanks ina. sedang membiasakan diri. hanya org yg menghargai kasih sayang dapat memahami erti kerinduan dan kehilangan.
Post a Comment