Monday, May 26, 2008

RESEPI ( REQUEST BY ILAH)


TAT GULUNG NZ HOMEMADE COOKIES

Bahan
250 gm butter
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sk esen vanilla
340 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung

Jem Nenas..

1 biji nenas ] blend (buang air nenas separuh)
1 cawan gula
sedikit perahan asam limau

Bahan Sapu
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. pukul butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum + tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Pamkan adunan mengguna acuan tat.(pamkan terbalik supaya mudah digulung)
6. Bulatkan jem nenas.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.Potong hujung yang lebih
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan campuran telur tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 15-20 minit.

Sunday, May 25, 2008

Tahniah to Ilah....

Semalam aku mendapat berita gembira... Ilah seorang teman lama akan melangsungkan pertunangan dengan insan yang tersayang... walau seribu dugaan datang, akhirnya dia bisa menepis segala dan kini sedang mengecapi kemanisan nilai perhubungan. Dugaan sebenarnya datang sekadar untuk menguji sejauh mana kekuatan dan ketabahan diri... dan sejauh mana kita menyerahkan segala urusan hidup ini pada Ilahi.. Kepahitan kadang2 mampu mengukuhkan lagi kasih sayang.. Supaya kita lebih menghargai kehidupan istimewa bersamanya.. setiap insan sering mengimpikan yang terbaik buat dirinya.. Tetapi yang terbaik untuk dirinya itu mungkin bukan yang terbaik untuk org lain.. dan segala yang terjadi pasti ada hikmahnya... Dan bukan kuasa kita untuk mempersoalkannya.. Kehidupan bergelar isteri bukanlah sesuatu yang enteng sebenarnya.. Banyak perkara yang harus dikorbankan... Keutamaan diri bukanlah lagi perkara utama..Namun percayalah wahai sang isteri..pasti ada sesuatu yang istimewa yang bakal Allah kurniakan pada kita nanti.. Yang kita sendiri tidak dapat membayangkannya... Bersyukurlah dengan apa yang kita telah miliki kerana hanya itu cara terbaik untuk berterima kasih kepadaNya..
Setiap orang diberi peluang terbaik untuk memilih.. Jadi pilihlah sesuatu yang bukan hanya mengembirakan diri kita tetapi juga tidak mengecewakan diri orang lain... Di sini aku ingin bercerita tentang seorang teman.. pada masa itu dia mempunyai dua pilihan calon suami... seorang bujang yang amat sederhana tapi berhati mulia..dan seorang lagi suami orang tetapi berharta.. Konflik terjadi apabila teman ini gagal untuk membuat keputusan yang terbaik... Hati pastinya lebih berpihak pada suami orang kerana sebagai org yang yang berpengalaman dalam perkahwinan pastinya dia boleh membaca lebih tentang hati perempuan.. Pastinya kata2nya dan tingkahnya lebih romantik berbanding si bujang... Namun Allah telah membukakan pintu hatinya untuk membuat pilihan yang lebih tepat dan tidak mengecewakan pihak lain.. Dan hari ini beliau bahagia dengan pilihannya dan pastinya tidak perlu berkongsi masa dan waktu dan yang paling penting beliau tidak perlu berkongsi suami... Sebenarnya dulu aku juga turut hampir 'berkongsi' tetapi Tuhan telah membuka pintu hatiku.. Saat mengetahui bahawa dia suami orang hanya Tuhan yang tahu betapa remuk hatiku... Gelap gelita hari yang indah selama ini.. Namun Tuhan maha kaya dan adil.. Dia tidak memberi peluang untuk aku terus menapak kukuh di dalam hatinya... Dia menghadiahkan aku seorang insan istimewa yang kini terus menghuni hatiku... Dan aku bersyukur kerana kehidupan yang aku pilih tidak mengecewakan hidup orang lain. aku tahu ramai insan lain yang pernah mengalami nasib yang sama... Jika poligami tersebut dapat diterima oleh pihak satu lagi..teruskanlah kerana bukan semua kehidupan bermadu pahit sebenarnya.. Namun jika dia tidak merelakan atau tidak pernah mampu untuk menerimamu sebagai madu... Berundurlah kerana kamu sedang berhadapan dengan gaung dalam yang penuh pancaroba... Bimbang tersilap langkah kamu yang akan menanggung kesannya...

Thursday, May 22, 2008

Rindu pada teman-teman

Special to my friends.. i miss u all

Seribu Impian (Casey)

Disenjakala begini
Teringat kembali
Teman-teman lama dahulu
Yang pernah sama mengharungi

Pahit dan manis dirasa
Sehati sejiwa
Tak mungkin ku lupakan segala
Saat suka dan duka

Susah dan senang kita bersama
Rentasi rintangan yang ada
Tiada sempadan yang memisahkan
Kasih sesama kita walau badai tiba

1
Seribu impian pernah pun kita bina
Demi masa depan...
Tenggelam jauh dalam khayalan
Di buai alam mimpi

Kenangan lalu menjelma
Teringat kembali
Di ketika bergurau senda
Mesranya kita bersama

Seribu impian indah menghias jiwa
Bagaikan permata...
Setinggi langit biru, mimpi kita
Abadi selamanya...

( ulang 1 )

Love for :

C'lat (my best friend forever..)
Miza ( a cute mama)
Mc Jann ( baru jer melahirkan second baby (girl) pada hari ibu baru2 ini..)
Zaidah (wish u all the best)
C'na ( hope u success in bisness)
Linda (dah lama betul tak jumpa)
Wan Rozilah (go girl.. for your family planning)
Buyai ( a cute mama with two cute son)
Busyam (miss u busyam)
Kak Elly miss u la
Dayah (walau apa yg berlaku ... aku tetap menyayangimu seumur hidupku)
Kak Adik
Kak Tie (dgr2 dah buka butik)
Asnida (lamanya tak dgr berita)
dll.. sorry tak dpt notekan semua nama di sini

Wednesday, May 21, 2008

Hari yang memeningkan....

Hari ni masuk opis mcm biasa.. tapi fikiran kusut masai bila teringat rumah yang bersepah giler.. Sebenarnya hubby sedang sibuk buat wiring plug untuk oven dan mixer baru yang akan tiba hari ni... So mcm biasa rumahku penuh dgn alat kerja dan wire dari ruang tamu sampai ke dapur... Nak kemas pun tak guna jugak sbb keje cek abang tak siap lagi... So kalau kemaspun dia akan sepahkan balik...
Semalam dok tolong hubby tarik wayar plug.. siap kena karen shock lagi... Sakitnyer mujur takde apa-apa yg tidak diingini berlaku.. tapi rasa serik sekejap... eeii. menakutkan betul...
Dalam pening2 pun rasa tak sabar nak tunggu oven dan mixer baru sampai hari ni.. Wah! Projek ku akan bermula tidak lama lagi... Tahun ni projek biskut raya akan start awal sikit.. dah tak nak buat keje last minute cam dulu...tak menang tangan time hujung2.. Dalam hati berdoa order biskutraya tahun ni banyak 'masyuk' sbb dah banyak modal kuar tahun ni... Berniaga ni kena berani berdepan dengan risiko.. dan sbb itulah tahun ni banyak biskutraya yang up to date berbanding tahun lalu.... terima kasih khas utk Kak Ita yang mengajar resepi2 baru dan rasanya memang umph.. sampai tak tahu nak pilih yang mana satu utk dijual.. next month su akan siapkan sample biskut dulu.. Tunggu................

Saturday, May 10, 2008

Wednesday, May 7, 2008

BISKUT RAYA OOH BISKUT RAYA

choc. chip cookies
oat sandal crunchy

almond london

variety of cookies

biskut topi

cashewnut cookies


Raya memang 5 bln lagi.. tapi dah ader kengkawan yang request gambar biskut kat sini... Su belum start lagi buat biskut sbb still awal lagi.. 2 bln lagi barulah bz giler... Tak sangka hobi buat biskut zaman anak dara dulu akhirnya dah jd bisnes wajib setiap tahun..kalau diikutkan penat masa time nak menyiapkan tempahan.. mmg rasa cam nak bersara.. tapi bila kawan2 dan saudara-mara dah request buat jugak akhirnya... sampai sekarang rasanya dah 9 thn Su ambik tempahan biskut raya.. Tapi Alhamdullillah berkat sokongan family dan kawan2 setiap tahun bisnes semakin berkembang... Order semakin byk tp masalah jugak time nak cari pekerja.. Maklumlah buat kuih ni memang memerlukan kesabaran dan minat... Mujurlah ada anak sedara sorang yang minat bhgn masak2 ni..

Tahun ni x buat dkt Dungun seperti biasa tapi buat dkt rumah baru di Kemaman... Walaupun rumah tu agak sempit sikit tp disebabkan Su dah tak sanggup berulang dr dungun ke Kemaman terpaksalah buat kt sini...

Ingat lagi mcm mana Su start bisnes ni.. Masa tu still study kt uitm Dungun.. Biasalah dah namanya student so masing2 bergantung dgn loan.. So utk menambahkan pendapatan kita pakatlah nk bisnes biskut raya... Habis class kami bersengkang mata menyiapkan order.. Order kebanyakannya dari student uitm.. Mula-mula share partner ader 5 org.. Last2 tinggal 4 org sbb ader sorang partner tu tak larat dah dengan tepung-tepung ni... Mmg penat giler..gi class pun mata masing2 stim jer sbb x cukup tido... Last tu siaplah jugak order kengkawan dan dapatlah sorang sikit untung.. x byk manapun sbb kena bagi 4 org... Kira bolehlah buat shopping raya... yg pentingnya semua dpt bekalan biskut utk bawak balik kt kg...


LAUREA COLLECTION - NEW DESIGN

Untuk membuat pesanan sila email kepada:
kod 0156

kod 0146

kod 0148

kod 0147

kod 0145

kod 0144

kod 0143

kod 0142

kod 0156

kod 0155

kod 0154

kod 0153

kod 0152


kod 0150


Monday, May 5, 2008

New hobby... with hubby (6 May 2008)



Semalam su dan hubby singgah kedai alat pancing... sebenarnya before this x pernah terlintas pun nak buat xtvt memancing ni... walaupun kedai tu kepunyaan kenalan Su dan hubby. So kitaorang shoping ler 2 set joran.. siap mintak tolong husband kak ja (tokei kedai) pasangkan tali dia... kira borong sakan lah kt situ...Hubby cakap dia reti pasang tapi malas... Tp rasa2nya dia tak retipun nak memasang benda alah tu... Yelah sepanjang perkahwinan kami tak pernah sekalipun dia gi mancing... camnelah nak percaya.. :)
actually kami baru jer nak belajar memancing... bukan kt tgh laut tapi kt tepi pantai jer... Baru2 ni balik rumah mertua kat Dungun.. penuh orang kat tepi pantai dok memancing... So Su ajak2 ayam ler kt hubby gi memancing.. tak sangka pun dia setuju sebab dulu Su dah ajak tapi dia tak nak... Boring dia cakap xtvt memancing ni...
So bila dah beli joran tu rasa happy sangat... tercapailah hajat di hati walaupun tak pasti bila joran tu akan start xtvt dia... Bimbang jugak takut last2 nanti joran tu tersadai kt bilik stor..



Harap2 janganlah jd cam dulu. Beria-ria kitaorg beli raket badminton dan sport shoes konon-konon nak exerciselah sikit malam2... Nk sewa dewan main kat sana... Sampai 2 tahun tak rasmi2 lagi raket tu... masa pilih raket tu beria-ia sangat cek abang.. suruh beli yang tahan dan mahal sikit last2 menjadi penghuni bilik stor rupanya... Langsung kitaorg tak sentuh... ingat lagi dulu kami pernah nak sewa dewan kecil kat kampung nak main badminton tu.. Su dah siap ngan baju sukan, siap pakai sport shoes lagi. Hubby Su pun sama...Siap nak bawak bekal air dr rumah... Abang Su cakap tak payh bawak bekal air ..just beli air mineral jer kat kedai... Nak pergi ambik kunci dewan tu.. byk songeh pulak... yang biasa jaga kunci tu ckp kunci ada rmh ketua jkkk... pergilah kami rumah dia...jauh jugak masuk dlm kg..pastu sampai kt sana anak dia cakap kunci tu ada ngan kontraktor sbb bangunan tu sedang dibaiki..last2 kami balik rumah dgn hampa... Bersungguh dgn t-shirt sukan dan kasut sport lagi..tapi last2 balik rumah tengok tv lagi best.. so sampai sekarang kami tak guna lagi raket tu...